SYEIKH MUHAMMAD AL-YAQOUBI

separator

Syeikh Muhammad Al-Yaqoubi

Dilahirkan di Damaskus, fasih di dalam Bahasa Arab dan Inggeris dan bersandarkan kefahaman ilmu-ilmu sains Shariah yang mendalam, beliau meninggikan semangat seseorang untuk mencintai Nabi ﷺ dan mengikut Sunnah baginda.

Beliau penulis buku ‘Refuting Isis’ dan ‘al-Madkhal’ (Pengenalan kepada Sahih al-Bukhari), yang menekankan keaslian hasil kerja dan sekaligus kepentingan Imam al-Bukhari sendiri.

Beliau dilantik sebagai ahli Royal Aal al-Bayt Institute of Islamic Thought dalam tahun 2016. 

Pada tahun 2022, beliau dipilih sebagai salah seorang dari 37 ulama Islam yang paling berpengaruh. Biodata berikut diambil dari The Muslim500, 2022.

separator

Syeikh Muhammad Al-Yaqoubi adalah seorang alim ulama terkemuka dan mempunyai ramai murid dari seluruh pelusuk dunia.

LATAR BELAKANG

Syeikh Muhammad Al-Yaqoubi dilahirkan di Damaskus dan menerima pendidikan dalam ilmu-ilmu sains Shariah dari ayah beliau, seorang Imam dan Guru di Masjid Umawi. Sheikh al-Yaqoubi mengikuti jejak langkah ayahnya dan mengajar di masjid yang sama, menjadi ulama tersohor dalam bidang tawhid, fiqh dan hadith. Beliau terkenal sebagai salah seorang pakar rujuk yang boleh dipercayai untuk mengeluarkan fatwa dalam Islam.

MENENTANG EKSTREMIS

Beliau merupakan salah seorang ulama yang paling awal menentang DA`ISH, mengutuk kekejaman mereka dan menunjukkan bahawa tingkah laku mereka terkeluar dari ajaran Islam. Buku beliau ‘Refuting Isis’ (diterjemah ke dalam lapan bahasa) merupakan bahan rujukan penting. Dalil-dalil tawhid yang dibentangkan membuktikan ketidakbenaran kedudukan para ekstremis dan seterusnya mendorong orang Islam untuk menentang mereka. Kritikan beliau terhadap tindak balas kerajaan Syria kepada para pembantah menyebabkan beliau terpaksa meninggalkan Syria dan mendapat perlindungan di Morocco, di mana beliau sedang menetap sekarang.

GURU DAN PENDIDIK

Sebagai pendidik, beliau telah melatih dan melahirkan sejumlah banyak imam dan guru yang sekarang berkhidmat di dunia Arab dan pelbagai negeri di Barat, Timur dan di Afrika Selatan. Sebagai murshid, beliau memberi perhatian kepada status kerohanian umat Islam dan memberi pendidikan spiritual khusus kepada murid-murid beliau, rata-rata dikalangan mereka dari Eropah dan Amerika Syarikat. Beliau merupakan seorang pemidato yang berkarisma dan fasih di dalam bahasa Arab dan Inggeris (juga berbahasa Swedish) dan salah satu personaliti Islam terbesar yang memberi impak positif melalui ceramah-ceramah awam dan hasil karya tulisan beliau, serta penampilan media di pelbagai negeri. Di antara pengajaran beliau yang terbuka kepada orang awam adalah pembacaan keseluruhan koleksi hadith di dalam Sahih Bukhari.